"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

05 December 2009

Mabuk FB

Salam. Dah lama juga tak coret-coret di ruang ini. Semuanya gara-gara FB! Begitulah teruknya penangan FB ini kepada diri DS hingga payah nak tinggalkan pc. Setiap detik asyik ingat FB. Kalau boleh ke mana-mana nak berkepit dengan FB. Sanggup tak makan atau minum, malah tak rasa lapar pun! Tahu-tahu dah petang, nak balik kerja pun rasa bercinta! Padahal, baru sebulan aje DS aktifkan diri dengan FB!

Virus FB ini sungguh dahsyat malah telah menular ke setiap orang dengan begitu cepat. Sana-sini orang bercakap tentang FB. Jika tak ada FB, konon tak bestlah! DS terpanggil nak daftar FB pun sebab jiran baru DS tu yang ajak. Anak DS sendiri pun suruh! Siapa lagi kalau bukan Aiman.

Jangan tak percaya, minggu ini DS cukup terpukul bila tiba-tiba access ke FB kena block. Bukan setakat itu aje, YM, gmail, yahoo mail, ebuddy, meebo dan segala macam benda yang bersangkutan dengan aktiviti buang masa dan tak berfaedah telah ditarik balik oleh pihak IT! Bayangkan...

Maka, kawan-kawan jangan gusar sekiranya DS tidak muncul di mana-mana. Dunia ini ibarat roda, ada masa di atas, ada masa di bawah. Redha aje. Sebenarnya DS taklah taksub sangat dengan FB dll, namun tak dapat dinafikan laman-laman web ini amat penting dalam mengeratkan ukhwah. Sebagai contoh, baru-baru ini DS bertemu kembali geng-geng sekolah yang terpisah lebih 20 tahun!

Dari situ, kami boleh berbicara dan berkongsi cerita di samping mengetahui perkembangan hidup antara satu sama lain tak kiralah tentang akademik, kerjaya mahupun famili. Yang lebih seronok, mereka bagaikan tak percaya DS ni dah bergelar penulis!

Apabila kita melangkah ke era siber, semua maklumat dah tersedia di hujung jari. Lebih mudah rasanya untuk kita berhubungan dengan lebih mesra di alam maya berbanding di alam realiti memandangkan perhubungan berlainan jenis agak terbatas dan sangat tak digalakkan dalam agama.

Okey, apa-apapun DS tetap bersyukur kerana masih boleh melayan FB dll di rumah meski masa tidak cukup. DS akan cuba luangkan sedikit masa untuk membalas mesej dan melawat FB kawan-kawan pula.

Akhir kata, DS nak ucap 'Selamat pengantin baru kepada puteri Kak Aina Emir, Laila Hana. Semoga berbahagia dunia dan akhirat.'

No comments: