Filem Kita
Salam. Minggu lepas, 2 kali DS layan filem di panggung wayang. Sempat pulak tu! Hehe... ini kes nak cari mood jugak sebab otak tengah buntu. Dah puas cari ilham tapi tetap tak datang-datang. Itulah sebabnya DS on aje bila si kecil ajak. Ayahnya pun free, cantik!
Tapi sayangnya, tak banyak pilihan. Selain cerita kantonis, hanya ada cerita dalam negara. Layan aje cerita Senario: Episod 2 dan My Spy. DS nak komen sikit aje tentang cerita komedi daripada kumpulan lawak terkenal, Senario. Pada DS, lawak mereka ni dah tak berkesan lagi. Mungkin disebabkan oleh faktor umur, Lan, Wahid dan Azlee dah tak sesuai nak bawak tema cinta. Lawak Nik/Mek okey cuma sayang, proses dubbing suaranya tak kena. Hehe... maaf ya!
Mengenai My Spy pula, DS tabik spring kat filem ini. Pertama sekali mungkin juga kerana alat-alat gajet yang canggih. Jalan cerita ini juga segar. Dialog dan plot memang berkesan. Walaupun tiada tema cinta, cerita ini berjaya! Cuma... (ada juga tu) plot si isteri kepada Dato' O tu yang tak berapa kena dan boleh diperbaiki dengan tukar sedikit idea untuk mengupah spy. Kalau disebabkan main kayu 3 semata-mata, tak seronoklah!
Okeylah chow dulu.. DS dah usha filem 'Avatar'. Macam tak sabar nak gi tonton!























No comments:
Post a Comment