NCIS
Tak sangka, semalam dah keluar musim terbaru siri penyiasatan ini di 8TV, 9.30pm. Secara kebetulan pula, DS sedang memegang alat kawalan jauh. Jika alat ini berada di tangan si kecil, sudah pasti DS frust giler!

Jika di akhir musim lepas, terdapat twist di mana 3 rakan sekerja di bawah seliaan Gibbs; Ziva, DiNozzo, McGee ditukarkan ke unit lain. Permulaan musim terbaru ini, kita akan lihat mereka sedang bertugas di tempat yang baru dan kemudian dipanggil balik ke pengkalan untuk menyelesaikan kes yang saling berkaitan antara satu sama lain.
Dalam masa yang sama, Gibbs juga terpaksa akur dengan ugutan ala-ala manja si Abby yang terkenal dengan sikap yang sinis namun penyayang. Abby terasa kehilangan dan mahu 3 orang rakannya sentiasa berada di sampingnya. Maklum aje, dia kan suka cari gaduh. Ada aje ideanya untuk menyakat, adakalanya memang keterlaluan!
Okey, harap semua enjoy dengan musim terbaru NCIS ini!
























No comments:
Post a Comment