"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

06 January 2010

2010

Salam semua! Ini macam kes ketinggalan roket Soyuz aje.. hari ini dah setengah hari 6hb Januari, baru nak tulis pasal tahun baru Masihi! Apa nak buat? Terlalu banyak perkara yang berlaku termasuk yang tak terduga, justeru DS jadi kalut dan buntu seketika.


Fuh! Mujur 'closing' dah lepas! Lega rasanya. Minta-minta semua akaun balance dan tak ada masalah dengan auditor nanti! Tapi, tugas yang lain tetap menanti untuk diberi perhatian dan tindakan segera.. hehe!

Hari ini dah 3 hari sekolah dibuka. Aiman, Afifah dan Insyirah nampak seronok pergi ke sekolah lebih-lebih lagi Aiman sebab dia masuk ke sekolah menengah. Dah macam budak darjah 1 aje dengan kad tanda nama putih bagai! Dia bersekolah di SMK Dato' Jaafar, JB. Syukurlah sekolah ini 1 sesi dan dia pula ditempatkan di kelas kawalan.

Sebaik aje balik dari sekolah, semua mulut tak reti diam. Ada aje cerita dan berita yang nak dilaporkan. Aduh.. pening jugak kepala DS melayan mereka. Apatah lagi sedang memandu untuk pulang ke rumah dan terpaksa menempuh jem, hujan bla bla bla bla bla!

Harap-harapnya mereka bertiga ini akan diberikan Allah swt semangat yang baru untuk belajar dan berjaya dunia-akhirat serta berjasa kepada agama, bangsa dan negara termasuk kepada orang tua mereka ni.. Amin Ya Rabbal Alamin!

No comments: