Sekolah di Bandaraya
Salam. Lama juga DS tak coret-coret di sini! Sekarang DS dah makin sibuk. Kerja, kursus, kerja. Mana nak cari ilham lagi untuk siapkan manuskrip! Bila dah masuk tahun baru, semuanya nak kena update. Fail pun kena ganti. Kadang-kadang sampai tersasul tulis tarikh, '10 jadi '09!
Setiap hari waktu tengahari, DS dan abang gilir-gilir ambil Aiman di sekolah. Kelasnya habis pada pukul 1.50 petang. 3.30 petang pula dia bersekolah agama (darjah 6). Penat juga jika dah hari-hari dok ukur jalan! Habis tu, nak buat macam mana? Sekolah Aiman tu terletak di tengah bandaraya, kawasan yang padat dan berdekatan pula dengan jalanraya menuju ke tambak.
Pada mulanya, kami nak suruh dia naik bas awam aje tapi bila fikir-fikir balik, rasa tak sampai hati pulak! Untuk dapatkan bas, dia kena jalan kaki selama 10 minit. Selepas menyeberang jalan, tunggu bas dah berapa minit lagi? Entah-entah, 2 jam kemudian baru tiba ke rumah penjaganya!
Kadang-kadang timbul rasa meluat apabila melihat pengguna lalu lintas yang tak tahu bersabar terutama yang berjenama dan berharga lebih 100K. Main pecut aje dan tak bertimbangrasa kepada pengguna kenderaan yang lain. Lagi satu, jika tiba 'part' menyelit.. selamba aje! Bukannya dia nak fikir, betapa sengsaranya kita beratur dan menunggu giliran untuk masuk ke lorong tu, eii... tension!
Entah bila agaknya kesesakan jalanraya di bandaraya ini akan hilang?!























No comments:
Post a Comment