Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Salam. Rindu nak aktif tulis di sini macam dulu-dulu tapi sayang sekali masa tidak mengizinkan. DS selalu online di FB tapi banyak masa dibazirkan dengan FV. Sekarang ni dah boleh kawal sikit aktiviti tersebut sebab ada kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Lagipun dah berjanji dengan pihak tersebut dan janji mesti ditepati. Cuma, DS nak pastikan dahulu kerja tersebut menepati kriteria sebelum dihantar.
Harap segala urusan dipermudahkan.. Amin!
No comments:
Post a Comment