Salam Syawal 1432H
Assalam. Macam dah basi nak ucap selamat hari raya tapi, baru nak masuk minggu ke-3 kan? Lagipun, hari raya kita sambut sebulan lamanya. Cuma tahun ini DS memang tak buat persiapan yang besar. Ala kadar sahaja memandangkan anak-anak DS nak menghadapi peperiksaan pada bulan September ini. Afifah akan ambil UPSR pada 13-15hb manakala Aiman akan ambil ujian Darjah Khas bermula dengan ujian hafazan pada 17hb nanti.
Tahun ini, alhamdulillah dapat berkumpul dan menyambut lebaran bersama semua adik-beradik DS. Sungguh meriah apatah lagi dengan kehadiran orang baru, Llyana Sofea yang telah pun berusia 6 bulan. Anak saudara DS ini agak keletah dan aktif. Tengoklah aksinya di gambar keluarga DS ini (paling tengah), bukan main lagi... tak padan kecik!Seperti biasa pagi-pagi raya selepas solat sunat Aidil Fitri, kami bersalaman dan bermaafan. Anak-anak pula sibuk berkunjung ke rumah jiran tetangga, di samping memanjangkan silaturrahim dapat juga mengumpul duit raya.
Raya ke-2, adik-adik dah mula bertolak balik ke rumah keluarga mertua. DS sendiri pulang ke Muar pada hari raya ke-3. Kemudian berkunjung ke rumah ipar duai yang terletak di NSembilan. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar cuma kesesakkan berlaku di PLUS akibat kenderaan yang agak padat.
Okeylah. Cukup sampai di sini dulu. Lain kali DS corat-coret lagi, insya-Allah.
























No comments:
Post a Comment