2012... 1433 Hijrah
Assalam. Salam sayang, peluk cium buat semua kawan-kawan yang masih ingat DS. Terutama yang masih sudi singgah ke blog ini waima tiada kemaskini. Entah apa mimpi, hari ini boleh 'ter'rajin. Saja cuba-cuba berblog via tab. Payah juga, terkial-kial nak pilih aksara. Kalau ada kesalahan ejaan tu, minta diabaikan.
Tahun ini, DS masih menulis namun taklah aktif. Maklumlah, banyak betul masalah. Ditambah lagi dengan urusan kerja yang tak habis-habis. Anak-anak pula dah masuk ke alam remaja dan perlukan pantauan yang berterusan. Yang sulong nak ambil PMR, jadi dah tentu DS terpaksa korbankan banyak masa.
Cuma, DS rasa nak kongsi satu berita gembira. Ya, tak lama lagi buku kanak-kanak DS akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan tersohor. Memang bertuah rasanya. Satu titik tolak yang amat bermakna dan tak mungkin direalisasikan tanpa dorongan kawan-kawan penulis. Alhamdulillah.
Okey, setakat ini aje. Berita selanjutnya akan dikemaskini seminggu-dua lagi. Tarikh sebenar masih belum diumumkan. Nantikan kemunculannya & terima kasih banyak-banyak!























No comments:
Post a Comment