"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

09 May 2007

Laporan 2 hari 2 malam (Siri II)

myspace codes
Myspace Codes: MyNiceSpace.com



Pusing punya pusing, sampailah saya di ruang legar. Ketika itu ada satu sketsa yang sedang dilakonkan untuk mempromosikan buku komik dari sebuah syarikat penerbitan. Kelihatan satu makhluk seperti di dalam filem hollywood.. apa ek? terlupalah pulak! Ah.. tak kisahlah! Tapi aksinya benar-benar menyeramkan semua penonton.. dan bagi saya sendiri.. rasa kagum sangat kerana kostum yang dipakai oleh pelakon itu bukanlah murah kosnya!

Setelah mendaki tangga eskalator, saya berjalan ke booth bernombor 3155 hehehe.. sudah tentulah booth kesayangan saya, Karnadya Solutions! Hitam dan putih adalah warna tema untuk pesta buku kali ini. Wow.. bestnya.. ada sofa besar!

"Kak, novel-novel remaja ni bagus untuk budak-budak sekolah. Anak kak di dalam darjah berapa?"

"Akak dah tahu dah, bagi akak buku ini, ini dan ini!" kata saya seraya menunjukkan 3 buah novel remaja yang ingin dibeli. "Tak ingat kat akak lagi ke?" Aku hampir tergelak melihat muka 'mamat hensem' yang kiut-miut itu.

"Siapa, ek?"

"Kak Dewi," jawab saya tanpa berselindung.

"Masya-Allah! Kak Dewi! Kak Aina.. tengoklah siapa yang datang ni?"

"Eh, tak payahlah kecoh-kecoh! Biarlah.. Kak Aina sedang sibuk tu, nanti akak jumpa dia."

Sebaik saja Kak Aina berpaling, kami saling berbalas senyuman dan salaman. Malah saya menerima layanan yang paling esklusif dari mereka semua. (perasan kot?) Kak Aina memberikan sehelai baju T sempena pelancaran ikon remaja pada 3/5 yang lepas.

Sempat pula berbincang dengan Mr. FJ mengenai konsep kulit luar untuk novel remaja saya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.. cehwah!

Selain Kak Aina, saya telah berkenalan secara realiti dengan Kak Mimie Afinie dan Kak Noor Suraya kerana sebelum ini kami saling berborak di website. Juga tidak ketinggalan Kak Fauziah Ashari.

Sebelum pulang, Kak Aina berpesan agar saya dapat datang ke bengkel pada 12/5 nanti..

Agak hampa ketika tiba di booth PTS kerana penulis Ainin Naufal telah balik! Pezul pun tak nampak bayang so.. terus chow!

Aduhai.. memang penat! Datang dengan LRT tapi sebaik saja keluar dari PWTC, saya dah tak larat sangat lalu menahan sebuah teksi kuning menuju ke hotel.

No comments: